Selamat Datang ke laman rasmi Institut Pengajian al-Quran (IPaQ)
Kursus untuk melahirkan tenaga pengajar atau guru-guru al-Quran yang akan menguasai Kaedah ABAHATA dan Kaedah TAUFIQI. Silibus Kursus dua hari ini dirangka untuk membolehkan para peserta memperolehi pengetahuan, kemahiran dan nilai pengajaran dan pembelajaran al-Quran Kaedah ABAHATA. Sesuai disertai oleh, Dewasa (Lelaki dan Perempuan)
Program ini menumpukan Pengajaran dan Pembelajaran al-Quran kepada mereka yang buta huruf al-Quran atau yang tahu hanya secara terbatas. KCQ ini dilaksanakan menggunakan silibus ABAHATA yang membantu seseorang mendapat landasan kebolehan membaca dengan asas tajwid dan menulis rasm al-Quran dalam tempoh 30 jam pembelajaran (Online/Bersemuka.)
Program ini untuk mereka yang telah tahu membaca al-Quran, tetapi mahu mempelajari asas-asas pembacaan yang lebih sempurna melalui pemahaman hukum-hukum tajwid.
Kami menggunakan Kaedah TAUFIQI IPaQ yang membolehkan seseorang mengenal, memehami, menghurai dan memanfaatkan hukum-hukum tajwid dalam pembacaan selama tempoh 17 jam. Sesuai disertai oleh, para Muallaf, Dewasa, Warga Emas ataupon Kanak-Kanak.
Program ini dikhaskan kepada yang berminat untuk merasai pengalaman bergraduasi dan menduduki kelas di universiti tempatan. Setakat ini, kelas ini hanya ditawarkan di Universiti Malaya dan juga Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Sesuai disertai oleh, golongan belia, dewasa, dan warga emas yang tercicir pembelajaran al Quran di usia muda.
Kelas ini membantu seseorang yang tidak tahu berbahasa Arab, mahu memahami maksud per kata ayat-ayat al-Quran supaya lebih menjiwai al-Quran. Sesuai kepada mereka yang boleh membaca al-Quran dengan baik dan minat memahami makna al-Quran. Kami juga menyediakan kelas secara online.
Bengkel Tahsin al Fatihah Bersanad ini memberi pengalaman baru kepada peserta dalam mengenal pasti cara bacaan yang sebenar surah al Fatihah. Bengkel ini dipandu oleh Syeikh Dr Abdelrahman Monis Allaithy, yang merupakan pemegang sanad ke 29 yang bersambung dengan Rasulullah SAW.
Program ini adalah program yang dikhaskan kepada pelajar-pelajar sekolah dimana ianya berbentuk sebagai transit sambil mengaji al Quran. Dikhususkan untuk semua pelajar sekolah rendah dan juga menengah.
Program Kem Cuti Sekolah (KCS) dilaksanakan khas bersempena cuti sekolah. Mengandungi pelbagai aktiviti menarik yang dapat menarik minat pelajar untuk belajar al Quran dan juga mengetahui asas-asas fardhu ain yang melibatkan amal ibadah seharian.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.