Selamat Datang ke laman rasmi Institut Pengajian al-Quran (IPaQ)
Dalam Kaedah SFaQ pula, proses decomposition menyaksikan fokus uraian kepada beberapa pola: warna, nombor dan garis. Pendekatan computational thinking dalam PdP SFaQ ini membolehkan usaha pemahaman terjemahan maksud kandungan al-Quran melalui pembelajaran bertahap mengikut pemecahan ayat-ayat berdasarkan pola-pola warna, nombor dan garis.
Sekejap Faham al-Quran pula menggunakan kaedah penguraian berasaskan pemikiran pengkomputeran (decomposition computational thinking) sebagai ikhtiar dan teknik memudahkan pembelajaran bahan yang kompleks dengan menguraikan pengenalan dan pemahaman kepada pemecahan kalimah-kalimah:
Pertama ia memfokuskan kepada pengasingan perkataan-perkataan kepada beberapa pola:
▪ Pola Warna
▪ Pola Nombor
▪ Pola Garis
I) Pola Warna:
Melalui penguraian kepada warna, umpamanya pelajar telah dapat memudahkan pembelajaran dengan memisahkan di antara yang sukar dengan yang mudah. Umpamanya dengan hanya menggunakan warna pertama iaitu warna hijau, pelajar sudah mengenali kunci pemahaman lebih kurang 30% dari perkataan-perkataan dalam al-Quran.
ii) Pola Nombor:
Bagi pola Nombor pula, ia menunjukan jumlah pengulangan kalimah dan memudahkan pelajar mencari kalimah-kalimah dalam ayat ditemui sebelumnya. Ini memudahkan pelajar-pelajar memahami kalimah yang sudah atau belum ditemui dalam pembacaan.
iii) Pola Garis:
Melalui garis-garis yang berwarna ia membantu pelajar-pelajar mengetahui waktu berlaku (tenses: [present, past and future]). Juga kata laku atau perbuatan yang bersifat pasif atau aktif.
Kesemua pola yang diuraikan penggunaannya dipermudahkan juga dengan titian ingatan menggunakan lagu bersenikatakan maksud kata-kata asas.
Inovasi kedua yang digunakan dalam SFaQ ialah di mana cara penyusunan kalimah kaedah, meliputi kalimah-kalimah yang jarang ditemui ini didaftarkan dalam Kamus SFAQ, secara yang lebih mudah: ia tidak memerlukan pengguna mencari kata dasar (root word), tetapi boleh dicari berdasarkan perkataan yang sedia ada.
We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.